Perasmian Pusat Kitar Semula Pintar Adenium, Bukit Beruntung

Pusat Kitar Semula Pintar Adenium, Bukit Beruntung telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Hee Loy Sian, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan,Alam Sekitar, Teknologi Hijau & Hal Ehwal Orang Asli Negeri Selangor pada Majlis yang diadakan pagi ini. Turut hadir pada majlis tersebut, Yang Dipertua MPHS, YBrs. Tuan Mohd Hasry Nor Mohd,Timbalan Yang Dipertua, Tuan Awaluddin Zakaria, Yang Dimuliakan Engku Orang Kaya Mahabijaya Orang Besar Daerah Hulu Selangor, Raja Dato’ Muzaffar bin Raja Redzwa, Puan Nur Azlina Arni, Pegawai dari Sub Seksyen Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Cik Nurhayati Shariffuddin, Pegawai Kesihatan Persekitaran MPHS, Ahli- Ahli Majlis, serta Ketua Penduduk Perumahan Adenium dan komuniti Perumahan Adenium, Bukit Beruntung.
 
Pusat Kitar Semula Pintar ini merupakan elemen utama bagi Program SIDINA (Sisa Jadi Dana) yang diwujudkan berlandaskan objektif yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Pelan Tindakan Pintar Selangor 2025. Sehubungan dengan itu, Program SIDINA bukan sekadar projek kitar semula biasa namun mempunyai elemen pintar yang menggunakan teknologi Internet of Things atau singkatannya IoT.
 
Program Sisa Jadi Dana atau lebih dikenali sebagai SIDINA adalah satu projek inovasi program kitar semula di bawah Unit Kempen, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Majlis Perbandaran Hulu Selangor dalam usaha mengekalkan kelestarian alam sekitar di samping menjana pendapatan dari amalan kitar semula menerusi konsep Waste to Wealth.
 
Matlamat akhir Program SIDINA adalah sampah ke tapak pelupusan dikurangkan dan rakyat dapat menjana pendapatan dari aktiviti kitar semula seterusnya dana yang diperolehi digunakan untuk membayar cukai taksiran. Dalam kata lain, bayar cukai guna sampah.
Program SIDINA ini telah dimulakan sejak 16 Ogos 2021 di lima buah lokasi terpilih di dalam Daerah Hulu Selangor sebagai projek rintis. Lokasi-lokasi tersebut adalah di:
i) Kuala Kubu Bharu
ii) Perumahan Desa Melor Serendah
iii) Perumahan Adenium Bukit Beruntung
iv) Perumahan Jalan Inai Bukit Beruntung
v) Taman Rajawali, Kalumpang
 
Dalam tempoh satu tahun, Program SIDINA berjaya mengumpul 8 tan barangan kitar semula dan berjaya menyelamatkan 2.5 tan karbon dioksida daripada dilepaskan ke udara. Lokasi yang mencatatkan jumlah tertinggi barangan di kitar semula adalah di Perumahan Adenium iaitu dengan kutipan sebanyak 2.5 tan.
Dengan menggunakan data yang terkumpul ini, maka Unit Kempen, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, MPHS menyasarkan agar Program SIDINA dapat dikembangkan ke peringkat seterusnya. Pusat Kitar Semula Pintar ini adalah way forward dalam program dan projek kitar semula komuniti di Daerah Hulu Selangor.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Khamis 21 November 2024, 03:41:22.
Jumlah Pelawat :
00874748

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015