Program Lawatan Pemantauan Penerima Geran Khas Komuniti Mampan MPHS 2022

PROGRAM LAWATAN PEMANTAUAN PENERIMA GERAN KHAS KOMUNITI MAMPAN MPHS 2022
MPHS bersama 2 orang wakil Ahli Majlis MPHS iaitu oleh Puan Law Suet Peng dan Puan Marina Jayaselan mewakili Ahli Jawatankuasa Kecil Fasiliti dan Keselamatan Bandar MPHS telah membuat lawatan tapak bagi pemantauan penerima Geran Khas Komuniti Mampan MPHS 2022 pada 5 Disember 2022 yang lalu.
Lawatan ini yang melibatkan 2 penerima bagi Fasa 1 Geran Khas Komuniti Mampan MPHS 2022 iaitu Pertubuhan Selempang Merah Malaysia (PSMM) bagi Projek Pemasangan Produk Teknologi Hijau (Penukaran Lampu LED) yang melibatkan 16 Institusi Tadika Sekitar Hulu Selangor dan Persatuan Penduduk Perumahan Inai, Bukit Beruntung bagi Projek Pemasangan 1 Unit Solar Led , 1 Unit Kamera CCTV Dan 1 Unit Tangki Air Statik (Tadahan Air Hujan ) Di Pusat Kawasan Kitar Semula (KKS).
MPHS mengucapkan tahniah kepada penerima yang berjaya di dalam pelaksanaan projek dibawah peruntukan Geran Khas Komuniti Mampan 2022.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 20 Disember 2024, 04:01:30.
Jumlah Pelawat :
00890869

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015