Program Penanaman Pokok ini telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, Raja Muda Selangor di Semenyih pada pagi tadi.
Program ini turut berlangsung secara serentak di semua daerah termasuk Daerah Hulu Selangor. Program yang di adakan di kawasan lapang Jalan Syed Mashor, Kubu Bharu telah dihadiri oleh YBrs. Tuan Mohamad Hanafe Basri, Pegawai Daerah Hulu Selangor, YBrs. Tuan Mohd Hasry Nor Mohd, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Yang Di Muliakan Engku Orang Kaya Maha Bijaya Hulu Selangor dan Ketua-Ketua Jabatan Daerah serta wakil agensi Daerah Hulu Selangor.