Kuala Kubu Bharu, 3 Disember 2024 - Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah mengadakan satu sesi taklimat berkaitan harta intelek bersama pihak Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Taklimat ini diadakan sebagai pendedahan kepada peserta berkaitan kepentingan pelindungan harta intelak dalam inovasi.
Taklimat yang telah disampaikan oleh En Muhammad Helmi Khalid, Pegawai Harta Intelek ini dihadiri oleh 17 orang penyelaras inovasi di setiap Jabatan MPHS.
Semoga dengan taklimat ini, peserta boleh memanfaatkan pengetahuan yang disampaikan seterusnya dapat dikongsi bersama ahli kumpulan inovasi di jabatan masing-masing.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon