Lawatan Majlis Perbandaran Segamat dan Majlis Daerah Tampin ke Hulu Selangor

LAWATAN MAJLIS PERBANDARAN SEGAMAT DAN MAJLIS DAERAH TAMPIN KE HULU SELANGOR

Hulu Selangor, 3 Disember 2024- Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menerima kunjungan daripada 2 delegasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Segamat, Johor dan Majlis Daerah Tampin, Negeri Sembilan

Delegasi Majlis Perbandaran Segamat telah diketuai oleh Yang DiPertua, Tuan Haji Mohd Helmi bin Dato’ Haji Sha’ri@Shangari bersama 40 orang kakitangan. Manakala, Delegasi Majlis Daerah Tampin turut diketuai oleh Yang DiPertua, Puan Suriani binti Salihan bersama 35 orang kakitangan.

Turut hadir bersama, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Puan Julaihah binti Jamaluddin diiringi oleh Puan Saripah binti Bakar, Ahli Majlis Zon Kuala Kubu Bharu bersama-sama pengarah - pengarah jabatan Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Lawatan yang bermula dengan sesi perkongsian ilmu oleh Majlis Perbandaran Hulu selangor diteruskan dengan lawatan ke Lorong Seni & Pelancongan Kuala Kubu Bharu, Empangan Sungai Selangor, Lentooq by Kedai Melissa dan berakhir di Rumah Sungai Bonda Rozita, Batang Kali.

Lawatan ini diadakan bertujuan untuk berkongsi ilmu mengenai 3 teras utama eko-pelancongan di Hulu Selangor iaitu Inap Dusun, Rakan Strategik Pelancongan Daerah (RSPD) dan aktiviti sukan lasak.

Semoga dengan perkongsian ilmu ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak yang terlibat dalam memajukan eko-pelancongan di daerah masing-masing.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitHuluSelangor

#VisitSelangor2025

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 20 Disember 2024, 04:01:30.
Jumlah Pelawat :
00890726

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015