TAWARAN KERJA UNDI DI MPHS
Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah mengadakan Kerja Undi bagi kerja-kerja yang dikeluarkan oleh Jabatan Kejuruteraan,MPHS.
Cabutan telah berlangsung pada 24 Nov 2022 (Khamis) bertempat di Dewan Merdeka, Kuala Kubu Bharu.
Sebanyak sepuluh (10) kerja telah ditawarkan dan seramai 81 kontraktor telah mendaftar. Cabutan undi telah disempurnakan oleh Tuan Awaluddin bin Zakaria, Timbalan Yang Dipertua MPHS. Turut hadir, wakil Ahli Majlis, En. Lee Meng Wai dan Encik Mohd Azda Nordin, Pengarah Jabatan Kejuruteraan.