ADTREC SIDINA, Langkah Proaktif Hulu Selangor ke Arah Kelestarian Alam

ADTREC SIDINA, Langkah Proaktif Hulu Selangor ke Arah Kelestarian Alam.

Bukit Sentosa, 23 Februari 2025 - Hulu Selangor mencipta satu lagi langkah proaktif ke arah alam sekitar dengan pelancaran tiga buah Pusat Kitar Semula Pandu Lalu (ADTREC) SIDINA yang kini beroperasi di Pangsapuri Seri Tulip, Anggerik dan Seri Bakawali. Majlis pelancaran disempurnakan oleh Tuan Azizul Kamaredzuan bin Azizul Akimi, Setiausaha Bahagian Kesejahteraan Komuniti, KPKT.

Kemudahan ADTREC dilengkapi dengan sistem IoT inovatif yang menawarkan ganjaran tunai kepada pengguna berdaftar, sekaligus memudahkan proses kitar semula sambil memberi insentif kepada komuniti. Inisiatif ini merupakan hasil kejayaan permohonan Geran Sejati MADANI oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) pangsapuri berkenaan.

Selain daripada ciri mesra alam dengan penggunaan tenaga solar, ADTREC turut dilengkapi dengan sistem CCTV bagi memastikan keselamatan dan pengawasan yang rapi. Sokongan penuh daripada Tuan Saifuddin bin Shafi Muhammad, Penyelaras Dun Batang Kali, serta Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor, menunjukkan komitmen padu pihak berwajib dalam memartabatkan kitar semula negara.

Inisiatif ini menegaskan usaha Hulu Selangor dalam meningkatkan kadar kitar semula sambil memelihara alam sekitar, menjadikan bandar ini contoh unggul dalam transformasi ke arah bandar pintar yang selamat dan lestari.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Khamis 13 Mac 2025, 01:36:13.
Jumlah Pelawat :
00954959