MAJLIS MENANDATANGANI & PECAH TANAH BERINGIN HIGH-TECH AUTOMOTIVE VALLEY
Shah Alam, 23 Februari 2025 – Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah dijemput bersama-sama menyaksikan Majlis Menandatangani & Pecah Tanah Beringin High-Tech Automotive Valley bertempat melibatkan Chery Holding Group Co Ltd dengan Legenda Beringin Holding bertempat di Setia Alam Convention Centre.
Projek dengan nilai pelaburan sebanyak RM2.2 bilion, dijangka siap pada tahun 2026 dan akan menjadi fasa pertama pembangunan ekosistem seluas 324 hektar di Beringin HTA Valley. Taman perindustrian ini akan membawa teknologi pembuatan automotif bertaraf dunia ke Hulu Selangor.
Majlis ini disaksikan oleh Raja Muda Selangor Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga merupakan Penaung Diraja Invest Selangor.
Turut hadir, Puan Julaihah Jamaludin, Yang Dipertua MPHS, Puan Law Suet Peng, Ahli Majlis Zon 6 serta En. Srikanth a/l Santrakandm, Ahli Majlis Zon 7. Bersama-sama mengiringi Yang Dipertua adalah pengarah-pengarah teknikal serta serta wakil-wakil jabatan dalaman MPHS.
Pemajuan ini bakal merubah landskap Bandar Lembah Beringin dan akan meletakkan Bandar Lembah Beringin di dalam peta industri Automotif Negara dan Antarabangsa.
#HuluSelangorDaerahMesraPelabur
#HuluSelangorHabPembuatanPengangkutan