Ahli Majlis MPHS Lantikan Baharu Angkat Sumpah bagi Penggal Tahun 2026-2027

AHLI MAJLIS MPHS LANTIKAN BAHARU ANGKAT SUMPAH BAGI PENGGAL TAHUN 2026-2027

Kuala Kubu Bharu, 5 Januari 2026, Isnin. Seramai 23 orang Ahli Majlis baharu bagi penggal 2026-2027 MPHS telah mengangkat sumpah hari ini di hadapan YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS.

Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) merupakan wakil kepada PBT dan kerajaan Negeri dalam menyampaikan dasar, inisiatif serta program kepada komuniti setempat. Ahli majlis bertanggungjawab untuk mewakili kepentingan komuniti dalam kawasan PBT masing-masing bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan komuniti terpelihara.

Ahli Majlis juga berperanan merapatkan jurang di antara kerajaan Negeri dan masyarakat seterusnya meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan demi mencapai visi, misi dan aspirasi kerajaan Negeri.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Yang Berusaha Puan Dewi Dirwana binti Munasir, Setiausaha merangkap Timbalan Yang Dipertua, Barisan Ahli Majlis, Pengarah-Pengarah Jabatan/Ketua-Ketua Bahagian MPHS serta YBrs. Dr. Sathia Prakash A/L Nadarajan, Penyelaras Parlimen Hulu Selangor, sebagai pemerhati.

Semoga amanah dan tanggungjawab yang dipikul dapat dilaksanakan dengan penuh integriti, komitmen dan dedikasi demi kesejahteraan serta pembangunan mampan Hulu Selangor.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Rabu 07 Januari 2026, 04:07:55.
Jumlah Pelawat :
01147853

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015