PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN PENGUATKUASAAN MPHS BERSEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-35 JABATAN PENGUATKUASAAN
5 Januari 2026 – Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menghoskan Perhimpunan Bulanan Jabatan Penguatkuasaan bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke-35 Jabatan Penguatkuasaan MPHS yang berlangsung dalam suasana penuh protokol. Majlis ini telah dirasmikan dan disempurnakan oleh YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS.
Majlis ini turut menyaksikan pelantikan Ketua Zon, Koperal dan Sarjan Jabatan Penguatkuasaan sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinan serta komitmen pegawai dalam memperkukuhkan struktur pentadbiran dan operasi jabatan.
Selain itu, majlis ini juga meraikan perasmian Warden Lalu Lintas MPHS, iaitu satu inisiatif strategik bagi membantu pengurusan lalu lintas, meningkatkan kelancaran pergerakan kenderaan serta menyokong usaha penguatkuasaan di kawasan tumpuan awam demi keselamatan dan keselesaan masyarakat.
Majlis turut dimeriahkan dengan:
1. Penyampaian Hadiah Pertandingan Inovasi 2026,
2. Penyampaian Sijil Pensijilan Semula MS ISO 9001:2015,
3. Penyerahan Sijil Pelantikan Pasukan Pengurusan Nilai Jabatan Perkhidmatan Awam (SPAN 2.0), selaras dengan kejayaan MPHS melengkapkan pengauditan nilai dengan markah cemerlang 90.94%,
3. Penyampaian hadiah Kejohanan Bola Jaring Piala Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang, dan
4. Penyampaian Anugerah Pekerja Terbaik bagi tempoh Julai hingga Disember 2025 sebagai penghargaan kepada warga kerja yang menunjukkan prestasi dan dedikasi cemerlang.
















