Jom SELKitar MPHS Sahut Program Kerajaan Negeri Selangor

Jom SELKitar MPHS Sahut Program Kerajaan Negeri Selangor

HULU SELANGOR, 7 Januari 2025 – Program SELKitar kutipan barangan kitar semula dari pintu ke pintu oleh Kerajaan Negeri Selangor telah bermula pada hari Isnin dilaksanakan di 47 kawasan taman perumahan terpilih sekitar daerah Hulu Selangor.

Program ini memberi fokus kepada pengasingan barangan kitar semula daripada punca. Langkah ini sangat penting dalam memastikan bahan kitar semula tidak menyumbang kepada pencemaran, tidak terbuang begitu sahaja dan tidak berakhir di tapak pelupusan. Antara barangan yang boleh dikitar semula termasuk plastik, kadbod, kertas, kotak minuman, dan logam.

Melalui pelaksanaan Program SELKitar ini, penduduk digalakkan untuk mengamalkan gaya hidup lebih lestari dengan mengasingkan sisa mengikut kategori sebelum diserahkan kepada pihak kutipan. Usaha ini bukan sahaja membantu mengurangkan jumlah sisa yang dihantar ke tapak pelupusan, malah turut menyokong agenda kelestarian alam sekitar di peringkat komuniti.

Pihak Majlis Perbandaran Hulu Selangor menyeru agar penduduk di kesemua kawasan yang terlibat di Hulu Selangor menyokong dan memberi kerjasama sepenuhnya dan menyokong inisiatif Program SELKitar ini demi mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, sihat dan lestari. Kerjasama daripada masyarakat setempat amat penting bagi memastikan kejayaan pelaksanaan program ini secara berterusan.

Seruan kepada penduduk:

-Marilah kita sama-sama menjadikan amalan kitar semula sebagai rutin harian di rumah.

-Jangan lupa, hari kutipan barangan kitar semula di taman perumahan anda!

Asingkan sisa, kurangkan pembaziran dan jaga kebersihan kawasan kediaman demi masa depan yang lebih hijau

Sedikit usaha daripada kita, besar impaknya untuk bumi

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

#JPSPPA

#KesKom

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 09 Januari 2026, 07:25:52.
Jumlah Pelawat :
01150435

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015