Avenue Katz Adoption Fiesta Mencapai Kejayaan Membanggakan!
Kuala Lumpur, 18 April 2025 - Program Avenue Katz Adoption Fiesta di Avenue K Atrium, Level G terus mencatatkan kejayaan memberangsangkan apabila sebanyak 22 ekor kucing telah berjaya diadopsi oleh keluarga baharu dalam tempoh empat hari pertama program ini berlangsung.
Bermula sejak 14 April lalu, sambutan orang ramai terhadap program ini sangat menggalakkan. Pengunjung membanjiri ruang pameran di Avenue K untuk bertemu dengan 40 ekor kucing comel yang dibawa oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), Persatuan Haiwan Malaysia, Persatuan Rakan Kucing Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
"Kami sangat terharu dengan sambutan hangat daripada masyarakat. Dari 20 ekor kucing yang dibawa oleh MPHS, sebanyak 7 ekor telah berjaya menemui 'forever home' mereka," kata wakil MPHS.
Program yang masih berlangsung sehingga 20 April ini merupakan hasil kerjasama strategik antara pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan institusi pendidikan, dengan sokongan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Avenue Katz Adoption Fiesta dari 10 pagi hingga 10 malam dan berjumpa dengan kucing-kucing comel yang masih menunggu untuk dibawa pulang! Anda mungkin menemui teman hidup baharu yang akan membawa keceriaan ke rumah anda.
#AvenueKatz #AdoptDontShop #MPHS #AdoptionFiesta #AdoptDontShop #KucingUntukKeluarga #SelamatkanKucing #AnimalWelfare #KebajikanHaiwan #KucingMalaysia #CatLoversMalaysia #MPHSAdopsiMeow #PersatuanHaiwanMalaysia #RakanKucingMalaysia #DBKL #JabatanVeterinar #USIM #KualaLumpur #EventKL #April2025