Bengkel Focus Group Discussion (FGD)

BENGKEL FOCUS GROUP DISCUSSION (FGD) BAGI PEMBANGUNAN PELAN TINDAKAN BANDAR RENDAH KARBON MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR (MPHS)

Genting Highland, 5 Disember 2024 - Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah mengadakan satu Bengkel Focus Group Discussion (FGD) bagi Pembangunan Pelan Tindakan Bandar Rendah Karbon Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) bertempat di SCAPES Hotel Genting Highlands pada hari ini. Bengkel ini dilaksanakan dengan usahasama pihak Malaysia Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) selaku agensi pelaksana dalam pembangunan pelan tindakan ini.

Bengkel ini telah menghimpunkan seramai 54 orang peserta terdiri daripada Pengurusan Tertinggi MPHS, Ahli Majlis MPHS, Pengarah dan Ketua Bahagian MPHS, Ikon Hijau MPHS, Agensi Kerajaan Peringkat Daerah, Pemain Industri dan Institusi di Daerah Hulu Selangor.

Bengkel telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Awaluddin bin Zakaria, Setiausaha Majlis Perbandaran Hulu Selangor. Turut hadir pada bengkel ini YBrs. TPr. Gs. Azlina binti Mokhtar, Pengarah Jabatan Perancang Bandar, MPHS selaku urusetia Program Bandar Rendah Karbon MPHS. Bengkel telah dikendalikan oleh Pasukan Kerja MGTC yang diketuai oleh Ybrs. Encik Muhd Fendi bin Mustafa, Pengurus Sustainable Cities, Climate Action Division MGTC.

Fokus kepada bengkel hari ini adalah bagi membincangkan isu yang terkait dan solusi yang akan diterjemahkan dalam pembangunan Pelan Tindakan Bandar Rendah Karbon yang merangkumi objektif, strategi dan tindakan yang akan dilaksanakan dalam mengurangkan kadar pelepasan karbon di Daerah Hulu Selangor selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030.

MPHS berharap segala input yang diberikan oleh peserta pada bengkel ini dapat dijadikan permulaan dalam mempertingkatkan kerjasama dan perkhidmatan yang diberikan oleh semua agensi terlibat ke arah menjadikan Daerah Hulu Selangor sebagai Bandar Rendah Karbon pada Tahun 2030.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#HuluSelangorBandarPalingMampan

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

mgtc.my

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 20 Disember 2024, 04:01:30.
Jumlah Pelawat :
00890810

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015