HARI INOVASI MPHS 2025
Kuala Kubu Bharu, 9 Disember 2025 – Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menganjurkan Hari Inovasi MPHS 2025 yang berlangsung meriah di perkarangan pejabat MPHS hari ini.
Sebanyak 20 produk inovasi telah dipertandingkan, melibatkan penyertaan pelbagai jabatan dalaman MPHS dalam usaha memupuk budaya inovasi dan penambahbaikan perkhidmatan.
Pertandingan ini dinilai oleh tiga orang panel profesional iaitu Prof. Madya Ts. Dr. Zulkifi bin Mohamed daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM), Encik Hussein bin Mohf Ariff daripada Malaysian Association of Creativity & Innovation (MACRI) serta Puan Dayang Noor Asmara dari pada Kolej Komuniti Hulu Selangor.
Program ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengetengahkan idea baharu, malah turut menggalakkan kolaborasi dan penciptaan solusi kreatif dalam perkhidmatan awam tempatan.
Syabas dan tahniah kepada semua peserta yang telah menunjukkan komitmen dan semangat inovatif sepanjang pertandingan.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
















