MPHS PERKUKUH INTEGRITI MELALUI KURSUS MPGIA
Kuala Kubu Bharu, 10 Disember 2025 – Seramai 130 kakitangan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menyertai Kursus Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah (MPGIA), Majlis Perbandaran Hulu Selangor bertempat di Dewan Merdeka, Kuala Kubu Bharu.
Program ini dirangka bagi memperkukuhkan kefahaman peserta terhadap aspek tatakelola, integriti dan pencegahan rasuah selaras dengan keperluan perkhidmatan awam masa kini. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua, MPHS.
Sesi pagi dimulakan dengan perkongsian oleh PKPs Siti Mastura binti Zakaria mengenai rasuah dalam sektor awam dan langkah pencegahannya. Ia diikuti ceramah oleh PPs Soffi Azwa binti Mohd Noor yang menyentuh kesalahan lazim dalam perolehan kerajaan serta tindakan pencegahan.
Pada sesi petang, En. Akmal Ariff bin Zainul Ariff dari INTAN menyampaikan ceramah bertajuk Mewujudkan Organisasi Berintegriti. Program diakhiri dengan sesi Pengurusan Stres dan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dikendalikan oleh pegawai-pegawai AKRAB MPHS.
Secara keseluruhannya, kursus ini diharapkan dapat memperkukuh komitmen warga kerja MPHS dalam membudayakan nilai integriti, meningkatkan akauntabiliti dan menolak amalan rasuah sekaligus memperkasakan tadbir urus kerajaan yang telus, berwibawa dan berintegriti tinggi demi kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negeri.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
















