Kejohanan Kuala Kubu Bharu Paragliding Accuracy Competition (Open) 2025 melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang!
Berlangsung selama 3 hari di Bukit Batu Pahat, acara ini menghimpunkan 56 peserta dari 6 negara, merangkumi 7 kategori seperti Junior, Veteran, Wanita dan Kebangsaan – menjadikan KKB medan pertembungan bakat udara terbaik rantau ini.
Program ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dan Kelab Luncur Udara KKB, dengan pengiktirafan Persekutuan Sukan Udara Malaysia (MSAF) serta status rasmi Kategori 2 FAI, membuka ruang kepada atlet mengumpul mata kejohanan antarabangsa.
Majlis Penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Mohd Isa bin Abu Kasim, Penyelaras DUN Hulu Bernam.
Turut hadir memeriahkan acara:
* YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS
* Encik Nurhaqimy Ismail, Presiden MSAF
* Encik Halim bin Hamdan, Pengurus Strategik Korporat Tourism Selangor
* Encik Mohd Nazri bin Sulaiman, Presiden Kelab Luncur Udara KKB
* Barisan Ahli Majlis & Pengarah Jabatan MPHS, agensi keselamatan, komuniti, penaja serta sukarelawan
Dalam ucapannya, YDP MPHS menegaskan komitmen pihak berkuasa tempatan untuk terus menyokong pembangunan sukan udara, pelancongan hijau dan penglibatan komuniti:
“Dari langit biru ke rimba hijau, bergema semangat kesukanan dan kelestarian yang bersatu – mencorak panorama luar biasa Wow Hulu Selangor, destinasi unggul pilihan dunia.”
#Wow Hulu Selangor
#KKB2025
#ParaglidingKKB
#MalaysiaMadani
#KitaSelangor
#DaripadaAndaUntukAnda
#MajuPerkasaHasilSemua
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
#AllahPeliharakanlahHuluSelangor
#MPHSGo
#TahunMelawatSelangor2025