KURSUS PENGURUSAN KENDERAAN ANJURAN MPHS
23 Disember 2025: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Kenderaan Jabatan Kerajaan yang melibatkan pemandu kenderaan serta penyelia kenderaan jabatan.
Kursus ini telah disampaikan oleh TC Razman bin Sabtu, Penolong Jurutera Mekanikal, Jabatan Alam Sekitar, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Penganjuran kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman serta kecekapan dalam aspek pengurusan, penyelenggaraan dan penggunaan kenderaan jabatan secara lebih berhemah, selamat dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Diharapkan ilmu dan perkongsian yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam memperkukuh pengurusan kenderaan jabatan secara berkesan dan berintegriti.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
















