Program Jom Bersih! Gotong-royong Bebas Denggi bagi merealisasikan matlamat Komuniti Zero Aedes (KOZEDES) MPHS

HIDUP DINIKMATI DENGAN SIHAT: PROGRAM JOM BERSIH! GOTONG-ROYONG BEBAS DENGGI ANJURAN AHLI MAJLIS ZON 9 SOKONG MATLAMAT KOMUNITI ZERO AEDES (KOZEDES) MPHS

AMPANG PECAH, 20 Disember 2025 - Program Jom Bersih! Gotong-royong Bebas Denggi bagi merealisasikan matlamat Komuniti Zero Aedes (KOZEDES) Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah berjaya dianjurkan oleh Ahli Majlis Zon 9, Encik Eng Teck Ming, dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Ampang Pecah bertempat di Balai Raya Taman Damai.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran YB Pang Sock Tao, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Bharu serta Puan Fadzilah Abdul Latif, Pengerusi JPKK Ampang Pecah. Kehadiran kepimpinan setempat ini jelas mencerminkan sokongan padu terhadap penganjuran program kemasyarakatan serta keprihatinan terhadap kesejahteraan persekitaran setempat.

Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan antaranya gotong-royong membersihkan persekitaran balai raya, aktiviti mewarna untuk kanak-kanak, cabutan bertuah serta aktiviti kuiz berkaitan denggi dan amalan kitar semula yang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk setempat.

Dalam masa yang sama, Bahagian KesKom MPHS turut mengambil peluang membuka reruai pembelian minyak masak terpakai, sekali gus berjaya mengumpul sebanyak 97 kilogram minyak masak terpakai, sebagai usaha menyokong amalan pengurusan sisa yang mampan. Selain itu, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Selangor juga membuka reruai pameran Aedes bagi meningkatkan kesedaran orang awam mengenai pencegahan penyakit bawaan nyamuk.

Program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara pihak berkuasa tempatan dan komuniti, malah turut menyemai kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan, kesihatan dan kelestarian alam sekitar secara bersama.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda #MajuPerkasaHasilSemua #HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

#JPSPPA

#Gotong-RoyongAhliMajlisMPHS

#KomunitiZeroAedes(KOZEDES)

#HDDS

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Selasa 23 Disember 2025, 08:11:54.
Jumlah Pelawat :
01134396

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015