Kursus Penyediaan Kertas Siasatan Terhadap Aktiviti / Perbuatan Yang Melanggar Peruntukan Undang-Undang Yang Dikuatkuasakan Oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

KURSUS PENYEDIAAN KERTAS SIASATAN TERHADAP AKTIVITI @ PERBUATAN YANG MELANGGAR PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG YANG DIKUATKUASAKAN OLEH PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

4 Jun 2026, Ipoh: Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menganjurkan Kursus Penyediaan Kertas Siasatan Terhadap Aktiviti @ Perbuatan Yang Melanggar Peruntukan Undang-Undang Yang Dikuatkuasakan Oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berlangsung selama tiga hari bermula 4 hingga 6 Jun 2026 di Ipoh, Perak.

Kursus ini telah disertai oleh seramai 49 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan daripada pelbagai jabatan di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan tindakan kompaun dan penguatkuasaan. Penganjuran kursus ini bertujuan memperkukuhkan pengetahuan serta kemahiran peserta dalam penyediaan kertas siasatan yang lengkap, berkualiti dan memenuhi keperluan perundangan bagi tujuan pendakwaan.

Sepanjang kursus berlangsung, para peserta telah mengikuti sesi perkongsian ilmu dan pengalaman daripada barisan panel yang berpengalaman dalam bidang perundangan dan penguatkuasaan PBT seperti berikut:

1. Puan Rosilah binti Abdul Rashid – Pengarah Unit Undang-Undang, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP)

2. Tuan Rosli bin Jaafar – Penolong Pegawai Penguat Kuasa Kanan, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)

3. Dr. Elina binti Mohd – Ketua Bahagian Undang-Undang, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS)

4. Tuan Hasrizal bin Abdul Rahim – Penolong Pegawai Undang-Undang, Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) dan

5. Tuan Johari bin Atli, S.I.S, PPT, – Mantan Pengarah Jabatan Undang-Undang, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Antara topik yang dibincangkan termasuk penyediaan kertas siasatan bagi kes kerja tanah tanpa kebenaran, pelanggaran syarat lesen perniagaan dan hiburan, kacau ganggu dan pengendalian makanan, pembinaan atau tambahan bangunan tanpa kebenaran serta panduan penyediaan kertas siasatan yang sempurna.

Jabatan Penguatkuasaan MPHS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penceramah atas kesudian berkongsi ilmu, pengalaman dan kepakaran sepanjang kursus ini. Penghargaan turut diberikan kepada semua peserta serta pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan penganjuran kursus ini.

Diharapkan kursus ini dapat meningkatkan kompetensi pegawai penguat kuasa dan pegawai penyiasat PBT dalam melaksanakan tugas penguatkuasaan secara lebih berkesan, profesional dan berintegriti, seterusnya memperkasakan proses penyiasatan serta tindakan penguatkuasaan selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Khamis 11 Jun 2026, 04:12:10.
Jumlah Pelawat :
01274863

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015