Taklimat Kesedaran Information Security Management System (ISMS)

SESI TAKLIMAT KESEDARAN INFORMATION SECURITY MANAGEMENT SYSTEM (ISMS) TAHUN 2025

Kuala Kubu Bharu, 16 Jun 2025 - Bahagian Teknologi Maklumat telah menganjurkan Taklimat Kesedaran Information Security Management System (ISMS) yang telah disampaikan oleh Encik Mohd Hafizuddin bin Zaihan, Perunding dari Laman Teknologi.

Tujuan utama taklimat ini adalah untuk memberikan pendedahan mengenai kaedah pengurusan keselamatan maklumat secara sistematik berdasarkan pematuhan kepada piawaian MS ISO/IEC 27001:2022. Ia juga bertujuan untuk memberi jaminan kepada pihak berkepentingan dan pelanggan bahawa maklumat yang dikendalikan oleh MPHS adalah terlindung, selamat daripada kerosakan serta penyalahgunaan.

Selain itu, taklimat ini juga merupakan salah satu langkah proaktif dalam memenuhi keperluan pengauditan bagi MS ISO/IEC 27001:2022 – Information Security Management System (ISMS) yang sedang dilaksanakan oleh MPHS. Sesi kuiz turut diadakan bagi menguji tahap pemahaman para peserta terhadap isi kandungan taklimat yang telah disampaikan serta meningkatkan penglibatan dan minat dalam kalangan peserta mengenai kepentingan keselamatan maklumat.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#TahunMelawatSelangor2025

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 18 Jun 2025, 04:05:25.
Jumlah Pelawat :
01007006

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015