Lawatan Tapak Isu Limpahan Air di Taman Seri Batang Kali

Taman Seri Batang Kali,20 Mei 2026 (Rabu) Satu lawatan tapak telah diadakan bagi meninjau isu limpahan air larian permukaan semulajadi yang berlaku di Jalan 3 dan Jalan 4, Taman Seri Batang Kali susulan aduan kejadian banjir kilat yang diterima daripada penduduk setempat.

Lawatan ini diketuai oleh Dun Kuala Kubu Bharu YB Pang Sock Tao dan turut dihadiri oleh Puan Dewi Dirwana binti Munasir, Setiausaha merangkap Timbalan Yang Dipertua MPHS, Ahli Majlis Zon 12 Tn. Law Say Hin, Pengarah Jabatan Kejuruteraan Puan Sharifah binti Atan serta wakil Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor (PTDHS), Jabatan Pengairan dan Saliran Hulu Selangor (JPSHS), PAID, pihak pemaju Ligamas dan KDEB.

Hasil pemeriksaan mendapati kawasan tersebut menerima aliran air larian permukaan semulajadi daripada kawasan cerun dan bukit di bahagian atas terutama ketika hujan berintensiti tinggi. Aliran air lebihan daripada tapak pembangunan turut melalui laluan earth drain sedia ada sebelum disalurkan ke kawasan sump berhampiran.

Pemerhatian turut mendapati struktur cascade drain tidak berfungsi secara optimum sehingga menyebabkan limpahan air berlaku ke permukaan jalan serta memberi tekanan kepada sistem saliran sedia ada.

Beberapa tindakan segera telah dipersetujui antaranya:

  • Kerja pembinaan dan penambahbaikan earth drain di tanah PAID oleh pihak pemaju Ligamas
  • Pembinaan laluan earth drain baharu dari kawasan cerun ke sistem saliran sedia ada
  • Kerja pembersihan parit oleh pihak KDEB
  • Pemantauan berkala dan lawatan susulan selepas kerja pembaikan dilaksanakan

Usaha bersepadu ini dilaksanakan bagi memastikan sistem saliran berfungsi dengan lebih baik serta mengurangkan risiko kejadian limpahan air berulang di kawasan terlibat.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 05 Mac 2027, 07:15:16.
Jumlah Pelawat :
01261113

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015