Lawatan Penanda Aras ke Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang)

LAWATAN PENANDA ARAS MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR (MPHS) KE MAJLIS PERBANDARAN SEPANG (MPSp)

Kuala Kubu Bharu, 15 Mei 2026 – Pihak Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah mengadakan satu lawatan penanda aras ke Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang). Delegasi lawatan ini diketuai oleh Pengarah Jabatan Bangunan, MPHS iaitu En Md Rizal bin Mohd Sofian @ Abd Karim,P.J.K bersama kakitangan Jabatan Bangunan serta wakil Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Perbendaharaan, Bahagian Teknologi Maklumat dan Bahagian Perundangan. Delegasi MPHS telah disambut oleh En Ts Sulaiman bin Abi Hashim,A.I.S, Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan MPSepang beserta kakitangan Jabatan Kawalan Bangunan, MPSepang yang lain.

Lawatan ini bertujuan mempelajari pelaksanaan Reformasi Sistem Tadbir Urus (RSTU) melalui Sistem MyMR dan Projek Bangunan Menara Pejabat Baharu MPSepang.

Sesi taklimat pertama berkenaan sistem MyMR tersebut telah disampaikan oleh En Ts Sulaiman bin Abi Hashim,A.I.S, Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan MPSepang dan Puan Aida Noren binti Ibrahim. Sistem MyMR merupakan satu produk inovasi pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor di bawah Reformasi Sistem Tadbir Urus (RSTU). Ia merupakan sistem permohonan Pengubahsuai Kerja Berskala Kecil secara atas talian yang dibangunkan bagi memudahkan pemilik harta membuat permohonan pengubahsuaian kerja kecil bangunan.

Delegasi MPHS seterusnya diberi taklimat mengenai Projek Bangunan Menara Pejabat Baharu MpSepang. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh En Muhammad Akmal Azfar bin Jaafar, Arkitek Jabatan Kawalan Bangunan MPSepang. Beliau menerangkan mengenai komponen bangunan, serta penekanan terhadap elemen kelestarian, kualiti pembinaan dan kos penyelenggaraan yang rendah pada masa hadapan.

Maklumat ini amat berguna bagi membantu pihak Jabatan Bangunan, MPHS menyediakan perancangan bagi cadangan membina bangunan pejabat baharu MPHS akan datang. Seterusnya Pengarah Jabatan Bangunan MPHS dan wakil delegasi telah dibawa ke tapak projek Bangunan Menara Pejabat Baharu MPSepang bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai rekabentuk bangunan tersebut.

Diharapkan dengan lawatan penanda aras dan perkongsian ilmu daripada pihak MPSepang ini dapat membantu dan memberikan pengetahuan baharu kepada delegasi Jabatan Bangunan, MPHS bagi mewujudkan sistem permohonan dalam talian yang memudahkan orang ramai membuat permohonan serta merancang untuk membina bangunan pejabat baharu kelak.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2026

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 05 Mac 2027, 07:15:16.
Jumlah Pelawat :
01258843

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015