'SEGMEN HELLO PBT' BERSAMA YDP MPHS DI RADIO KPKT
14 Mei 2026 (10.30 pagi) - Segmen Hello PBT bersama YDP MPHS di Radio KPKT telah berlangsung bersama YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) , bertempat di Bangunan KPKT, Putrajaya.
Turut hadir Puan Dewi Dirwana Munasir, Setiausaha MPHS, Puan Nurul Asshima Aminullah, Ketua Bahagian Pesuruhjaya Bangunan COB MPHS; PMgr Nabilah Ajmal Amir Kamaludin, Penolong Pegawai Penilaian; serta Encik Nazirul Mubin Bahari, Penolong Pegawai Tadbir.
Temu bual kali ini memberi fokus kepada Penganjuran Simposium Pengurusan Strata MPHS 2026 bagi memperkasakan tadbir urus harta bersama secara profesional dan mampan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Radio KPKT atas jemputan serta ruang kolaborasi yang diberikan. Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi manfaat bersama.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
















