Lawatan Pemeriksaan Aduan Kejadian Air Lumpur Melimpah ke Kawasan Kediaman di Taman Desa Angerik, Serendah

Serendah, 11 Mei 2026 – Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) melalui Jabatan Kejuruteraan telah melaksanakan lawatan pemeriksaan di lokasi kejadian susulan aduan berkaitan limpahan air lumpur ke kawasan kediaman dan jalan di Taman Desa Anggerik, Serendah semasa hujan lebat yang berlaku pada 10 Mei 2026.

Lawatan tersebut telah disertai oleh wakil penduduk, pemilik tanah, Pengarah Jabatan Kejuruteraan MPHS serta anggota penguat kuasa MPHS bagi meneliti keadaan semasa di lokasi terlibat dan mengenal pasti punca kejadian.

Hasil pemeriksaan mendapati kejadian berpunca daripada aliran air permukaan dan air berlumpur yang keluar dari kawasan tanah milik persendirian berhampiran sebelum mengalir ke kawasan perumahan sekitar. Keadaan tersebut telah menyebabkan limpahan air lumpur ke Jalan Anggerik 2F/1 dan Jalan Anggerik 2I serta memasuki beberapa rumah kediaman berhampiran.

Susulan itu, pihak pemilik tanah telah diberikan notis oleh MPHS untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan, pembaikan serta langkah mitigasi segera di kawasan tanah milik mereka termasuk penyelenggaraan dan penambahbaikan parit sementara di tapak bagi mengurangkan risiko kejadian berulang pada masa hadapan.

MPHS akan terus memantau pelaksanaan tindakan susulan oleh pihak berkaitan dari semasa ke semasa bagi memastikan aspek keselamatan, kesejahteraan dan keselesaan penduduk sentiasa terpelihara.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 05 Mac 2027, 07:15:16.
Jumlah Pelawat :
01254185

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015