Lawatan Penandaarasan MPHS ke MDSB: Perkongsian Amalan Terbaik Pengurusan Lembu Terbiar

Lawatan Penandaarasan Unit Kawalan Haiwan Terbiar, Bahagian Kelestarian dan Kesejahteraan Komuniti (KesKom) MPHS ke Majlis Daerah Sabak Bernam: Perkongsian Amalan Terbaik Pengurusan Lembu Terbiar

Sabak Bernam, 8 Mei 2025 - Satu lawatan penandaarasan oleh Unit Kawalan Haiwan Terbiar (UKHT), Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA) MPHS ke Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) telah diadakan bagi mempelajari kaedah pengurusan isu lembu berkeliaran yang lebih berkesan dan sistematik. Lawatan ini telah disambut mesra oleh Tuan Yang Dipertua MDSB, Tuan Awaluddin bin Zakaria, bersama Pengarah Jabatan Penguatkuasaan, Encik Mohd Ashrafie bin Mohd Zainuri. Delegasi lawatan dari MPHS pula diketuai oleh pengarah JPSPPA, Encik Mohd Shahril bin Ramli, dan dihadiri oleh 12 orang pegawai dan kakitangan.

Objektif utama lawatan ini adalah untuk memahami dasar dan peraturan yang diamalkan oleh MDSB dalam menangani isu haiwan berkeliaran, di samping meneliti mekanisme pelaksanaan serta prosedur operasi standard (SOP) yang digunakan. Antara pengisian lawatan ini termasuk taklimat pengurusan aduan awam, prosedur penangkapan, penyitaan dan pelepasan haiwan, serta lawatan ke lokasi kandang lembu. Sesi perkongsian ini turut membuka ruang kepada MPHS untuk bertukar pandangan serta merancang strategi yang lebih berkesan di dalam pengoperasian bagi kawasan Hulu Selangor.

MPHS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama MDSB dalam menjayakan lawatan ini. Diharapkan inisiatif ini dapat dijadikan titik permulaan bagi peningkatan keberkesanan pengurusan isu lembu berkeliaran di daerah Hulu Selangor, demi kesejahteraan dan keselamatan komuniti setempat.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Khamis 15 Mei 2025, 09:30:14.
Jumlah Pelawat :
00986367

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015