LAWATAN YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR KE KILANG TSP3DG RASA
Hulu Selangor, 27 Disember 2024 - Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Puan Julaihah binti Jamaludin, A.M.S bersama Ahli Majlis Puan Elyn Law Suet Peng, Encik Chinniah A/L Subramaniam, Encik Aylwin Chan Wai Tuck, Puan Wong Sheau Mei @ Ong Sheau Mei, wakil dari Jabatan Alam Sekitar (J.A.S) dan beberapa wakil jabatan dari pihak MPHS telah mengadakan satu lawatan rasmi ke kilang TSP3DG. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk melihat cara proses kitar semula kertas yang dijalankan mengikut kelulusan dan piawaian yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (J.A.S).
Dalam lawatan itu juga terdapat sesi penerangan yang lebih terperinci mengenai kaedah yang digunakan dalam memproses kita semula kertas terpakai tersebut dari peringkat awal hingga ke akhir. Encik Wong Kien Onn bertindak sebagai selaku Pengarah syarikat TSP3DG telah memberikan sepenuhnya penerangan tentang aktiviti-aktiviti yang turut dijalankan di kilang tersebut.
Disamping itu juga pemeriksaan dijalankan untuk menilai tahap pematuhan dan beberapa saranan telah diberikan oleh pihak teknikal berwajib bagi memastikan pengurusan sisa pepejal yang keluarkan dan juga penempatan bahan yang digunakan daripada aktiviti tersebut dapat terpelihara dari beberapa aspek yang boleh mengakibatkan berlakunya pencemaran terhadap alam sekitar.
Dengan adanya lawatan seperti ini pihak MPHS akan dapat membantu pihak pengurusan kilang bagi memastikan pengoperasian dapat berjalan dengan lancar mengikut peraturan yang ditetapkan.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon