Majlis Apresiasi Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor bagi Penggal 2024–2025 telah diadakan di Hotel Concorde, Shah Alam dan disempurnakan oleh YB Dato’ Ng Suee Lim, EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Selangor.
Kerajaan Negeri Selangor menganjurkan majlis ini bagi menzahirkan penghargaan terhadap komitmen, dedikasi serta sumbangan Ahli-ahli Majlis PBT Negeri Selangor sepanjang tempoh perkhidmatan penggal 2024–2025 yang akan berakhir pada 31 Disember 2025.
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Encik Mohd Norazif bin Ahmad Tamsis, Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan MPHS, serta Ahli-ahli Majlis MPHS
















