Perhimpunan Bulanan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) bagi bulan Disember 2025

PERHIMPUNAN BULANAN MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR

Kuala Kubu Bharu, 17 Disember 2025 – Perhimpunan Bulanan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) bagi bulan Disember 2025 dihoskan oleh Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta telah diadakan di Dewan Merdeka, Kuala Kubu Bharu dengan tema “Hari OKU Sedunia – Masyarakat Inklusif OKU, Kunci Kemajuan Sosial.”

Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS, yang menekankan kepentingan pencapaian Sasaran Kerja Utama (SKU), integriti serta pematuhan tatakelakuan penjawat awam selaras dengan amanat Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Majlis turut meraikan kehadiran delegasi PPDK Kuala Kubu Bharu serta 11 orang anak OKU dalam kalangan kakitangan MPHS, diserikan dengan persembahan kebudayaan, penyampaian sumbangan dan penghargaan kepada pihak terlibat termasuk McDonald’s.

Majlis turut menyaksikan penganugerahan Mentor Mentee Terbaik serta Pasangan Mentor Mentee Terbaik sebagai penghargaan atas komitmen dan kecemerlangan yang ditunjukkan.

Penganjuran sambutan Hari OKU Sedunia ini diharap dapat meningkatkan kesedaran terhadap keupayaan dan sumbangan golongan OKU serta memperkukuh usaha membentuk masyarakat yang inklusif dan mesra OKU.

Secara keseluruhan, Perhimpunan Bulanan MPHS 2025 telah mencapai objektif penganjurannya dan menjadi platform memperkukuh komitmen warga kerja MPHS terhadap tadbir urus berintegriti, penyampaian perkhidmatan yang cekap serta nilai kemanusiaan.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Selasa 23 Disember 2025, 08:11:54.
Jumlah Pelawat :
01134396

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015