Bengkel Penghasilan Kandungan Media dan Penulisan Kreatif

MPHS ANJUR BENGKEL PENGHASILAN KANDUNGAN MEDIA DAN PENULISAN KREATIF BERSAMA MEDIA SELANGOR

Kuala Lumpur, 16 Disember 2025 – Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dengan kerjasama Media Selangor telah menganjurkan Bengkel Penghasilan Kandungan Media dan Penulisan Kreatif yang berlangsung selama dua hari pada 15 dan 16 Disember 2025 bertempat di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Bengkel ini dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Multimedia MPHS bertujuan untuk memperkasa kemahiran pegawai dan kakitangan dalam menghasilkan kandungan media yang berimpak tinggi, kreatif dan selari dengan keperluan komunikasi semasa, khususnya dalam era digital dan penggunaan platform media sosial yang semakin meluas.

Encik Mohamad Khairulnizam Bakeri, Penerbit Kanan Media Selangor telah memberikan pendedahan kepada para peserta dengan pelbagai pengisian merangkumi asas penulisan kreatif, teknik penceritaan (storytelling), strategi penghasilan kandungan digital, serta amalan terbaik dalam penyampaian maklumat yang berkesan kepada masyarakat.

Selain itu, para peserta turut diberi pendedahan praktikal kepada peserta dalam menghasilkan kandungan yang lebih menarik, tepat dan berintegriti.

MPHS berharap bengkel ini dapat memberi manfaat berterusan kepada para peserta dan seterusnya membantu meningkatkan kualiti kandungan media serta penulisan rasmi MPHS agar lebih efektif, profesional dan mesra masyarakat.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Isnin 22 Disember 2025, 04:58:09.
Jumlah Pelawat :
01133430

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015