Majlis Khatam al-Quran bagi tahun 1446/ 2025 anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan MPHS

MAJLIS KHATAM AL-QURAN ANJURAN KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR 1446 / 2025

Hulu Selangor, 14 Mac 2025 – Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (KSDK MPHS) telah menganjurkan Majlis Khatam al-Quran bagi tahun 1446/ 2025, sebagai wadah dalam memperoleh keberkatan, menambah amalan kebaikan serta menghayati (ihya') al-Quran di bulan Ramadan disamping mempererat ukhuwah sesama kakitangan MPHS.

Majlis Tadarus al-Quran telah berlangsung selama 10 hari bermula 3 - 13 Mac 2025 dengan disertai oleh seramai 53 orang kakitangan merangkap ahli KSDK MPHS.

Majlis Khatam al-Quran telah disempurnakan oleh YBhg. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS. Beliau telah menyampaikan ucapan yang ringkas namun padat dengan nasihat dan ingatan mesra kepada semua hadirin antaranya:

1.Membaca al-Quran mendatangkan ketenangan jiwa dan dapat mengurangkan tekanan semasa bekerja. Beliau menggalakkan semua jabatan mengadakan bacaan yasin setiap hari Jumaat sebelum memulakan tugas di pejabat.

2.Amalan yang baik dapat diteruskan. Beliau mengharapkan agar program ini menjadi permulaan bagi budaya membaca al-Quran secara konsisten dalam kehidupan seharian

3.Mengeratkan ukhuwah antara kakitangan. Beliau mengharapkan kakitangan dapat menerapkan diri dengan sikap yang lebih positif dan bertoleransi agar ukhuwah yang terjalin dapat dieratkan lagi dan berkekalan di masa hadapan.

4.Program dapat diadakan setiap tahun. Beliau berharap agar program ini dapat diteruskan dan diperluaskan pada masa akan datang.

Beliau mengucapkan terima kasih dan tahniah di atas usaha KSDK MPHS menganjurkan majlis ini serta tahniah kepada semua peserta program.

Turut hadir menyempurnakan majlis ialah Tuan Awaluddin bin Zakaria, Setiausaha merangkap Timbalan Yang Dipertua MPHS, Encik Shaiful Rizza bin Haji Piamin, Pengarah Jabatan Perbendaharaan merangkap Timbalan Setiausaha MPHS, Encik Mohd Norazif bin Ahmad Tamsis, Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan MPHS serta Encik Khairul Anuar bin Khalid, Yang Dipertua KSDK MPHS.

Semoga program ini menjadi asbab kebaikan bagi diri, jabatan dan organisasi secara keseluruhan.

"Bacalah al-Quran, kerana ia akan datang sebagai syafaat bagi para pembacanya di hari kiamat." (HR. Muslim)

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#TahunMelawatSelangor2025

#KsdkMphs

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 25 Mac 2025, 08:49:57.
Jumlah Pelawat :
00961533

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015