30 Disember 2024 (Isnin) - Pada hari ini telah diadakan Majlis Pelancaran Laporan Hulu Selangor Voluntary Local Review (VLR) 2023 & SDGs Roadmap Hulu Selangor bertempat di Bilik Mesyuarat Chiling, MPHS.
Majlis telah disempurnakan oleh Ybrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS. Hadir sama Ybrs. Tuan Awaluddin bin Zakaria, Setiausaha MPHS, Ahli - Ahli Majlis MPHS serta Pengarah dan Ketua Bahagian MPHS. Simbolik perasmian juga turut diadakan penyerahan Buku Laporan VLR dan SDGs Roadmap Hulu Selangor kepada Ketua Whip Ahli Majlis serta Tuan Setiausaha.
Majlis diadakan adalah kesinambungan daripada pelancaran laporan VLR Peringkat Negeri yang diadakan Sempena World Urban Forum Ke 12 di Cairo, Egypt pada bulan November yang lalu.
Pada majlis ini juga turut diadakan Sesi Pembentangan Hulu Selangor Voluntary Local Review (VLR) 2023 & SDGs Roadmap Hulu Selangor oleh Ybrs. TPr. Gs. Azlina binti Mokhtar, Pengarah Jabatan Perancang Bandar MPHS. Sesi pembentangan bertujuan untuk perancangan gerak kerja bagi Tahun 2025 selaras dengan Sasaran Kerja Utama (SKU).
Dalam sesi pembentangan tersebut, Puan Yang Dipertua mengucapkan terima kasih kepada pihak Urbanice Malaysia selaku perunding bagi menyiapkan laporan ini. Puan Yang Dipertua turut menyeru kepada semua Ahli Majlis dan Jabatan Dalaman agar melaksanakan inisiatif baru yang boleh dilaksanakan diperingkat komuniti selaras 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) yang ditetapkan.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
#HuluSelangorBandarPalingMampan