MAJLIS PELANCARAN SUKARELAWAN SUKMA XXII & PARA SUKMA SELANGOR 2026
Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) hari ini telah menghadiri Majlis Pelancaran Sukarelawan SUKMA XXII & PARA SUKMA Selangor 2026 yang telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari.
Majlis yang berlangsung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam ini turut dihadiri oleh barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor, EXCO-EXCO Kerajaan Negeri, wakil agensi kerajaan serta pihak berkuasa tempatan.
MPHS diwakili oleh Setiausaha MPHS, Puan Dewi Dirwana binti Munasir bersama Ketua Jabatan Pembangunan Masyarakat MPHS , Puan Nurulhuda Ahmad Binti Khairuddin.
Dalam majlis tersebut, YAB Dato’ Menteri Besar Selangor memaklumkan bahawa Negeri Selangor memerlukan kira-kira 5,000 orang sukarelawan dari seluruh daerah bagi menyokong penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) XXII & PARA SUKMA 2026.
Sukarelawan merupakan tunjang utama kejayaan temasya sukan berprestij ini, melibatkan pelbagai peranan penting sepanjang penganjuran kejohanan.
Sehubungan itu, YAB Dato’ Menteri Besar Selangor menyeru golongan belia, pelajar serta seluruh masyarakat Negeri Selangor agar tampil menyertai dan memberikan sokongan bagi menjayakan SUKMA XXII & PARA SUKMA Selangor 2026.
Untuk makluman, SUKMA XXII Selangor 2026 akan mempertandingkan 474 acara daripada 37 jenis sukan bermula 15 hingga 24 Ogos 2026, manakala Para SUKMA Selangor 2026 akan berlangsung dari 5 hingga 14 September 2026.
Ayuh bersama-sama kita menyumbang bakti dan menjadi sebahagian daripada sejarah penganjuran Sukan Malaysia di Negeri Selangor.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
















