Majlis Penyerahan Alat Automated External Defibrillator (AED)

25 Februari 2025, Shah Alam - YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Alat Automated External Defibrillator (AED). Program ini anjuran Kerajaan Negeri Selangor, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor dengan kerjasama Worldwide Medivest Sdn. Bhd.

Turut hadir, YB Dato’ Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, YB Tuan Mohd Kamri bin Kamaruddin, Timbalan Speaker Negeri Selangor, YBhg. Dato’ Johary bin Anuar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) ,YBhg. Datin Paduka Norazlina binti Zakaria, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Worldwide Holdings Berhad, Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS, Pegawai-pegawai Daerah, Datuk Bandar dan Yang DiPertua Pihak Berkuasa Tempatan, Ketua-ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan Negeri Selangor.

Projek pemasangan peranti AED adalah satu langkah awal dan proaktif oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan penjawat awam dan rakyat mendapat perlindungan kesihatan yang baik dan menyeluruh, termasuklah penyediaan bantuan kecemasan.

Sebagai permulaan, sebanyak 56 unit alat AED akan ditempatkan di bangunan milik kerajaan negeri iaitu di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Bangunan Pejabat SUK), Bangunan Darul Ehsan, Bangunan Sultan Idris Shah, serta di semua bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Selangor, bangunan Pihak Berkuasa Tempatan dan kuarters Kerajaan Negeri Selangor.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#TahunMelawatSelangor2025

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Khamis 13 Mac 2025, 04:59:24.
Jumlah Pelawat :
00955896