Taklimat Berkaitan Penternakan, Penyembelihan dan Pemprosesan Unggas di Daerah Hulu Selangor

Kuala Kubu Bharu, 25 Februari 2025 - Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA), MPHS telah mengadakan satu program taklimat bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan ilmu pengetahuan mengenai peraturan serta garis panduan yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), khususnya dalam industri penternakan ayam di daerah Hulu Selangor.

Sesi taklimat ini dihadiri oleh pengusaha dan penternak industri ayam serta melibatkan beberapa agensi teknikal, antaranya Jabatan Perancang Bandar dan Desa yang membentangkan mengenai Garis Panduan LANTERA. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) membincangkan mengenai polisi Zero Discharge manakala Indah Water Konsortium (IWK) menerangkan mengenai pengurusan kolam rawatan air kumbahan dan proses rawatan air.

Program ini juga memberi penekanan kepada pengusaha dan penternak bagi menangani permasalahan yang sering dihadapi oleh masyarakat setempat, seperti pencemaran bau, gangguan lalat dan pencemaran sungai yang berpunca daripada operasi penternakan dan penyembelihan ayam. Dalam hal ini, mereka diminta untuk memastikan premis mereka bebas daripada sebarang punca kepada kacau ganggu dan pencemaran dengan melantik operator kawalan serangga perosak yang bertauliah, menggunakan bancuhan racun yang betul, serta menguruskan kolam rawatan tinja dengan cara yang betul dan berkesan.

MPHS berharap agar pengusaha dan penternak industri ayam di daerah Hulu Selangor dapat mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan demi memastikan kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan komuniti setempat terjaga. Program ini diadakan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan PBT dalam meningkatkan amalan industri yang lebih mampan dan bertanggungjawab.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#TahunMelawatSelangor2025

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Khamis 13 Mac 2025, 04:59:24.
Jumlah Pelawat :
00955896