MAJLIS PENYERAHAN KURMA KEPADA KAKITANGAN MPHS
KUALA KUBU BHARU, 3 MAC 2024 : Puan Julaihah Jamaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Kurma Sempena Menyambut Bulan Ramadan kepada warga kerja MPHS di perkarangan lobi, Ibu Pejabat MPHS.
Hadir sama ialah Tuan Awaluddin Zakaria, Setiausaha MPHS, serta pengarah - pengarah jabatan dan wakil jabatan MPHS.
Warga kerja MPHS mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan kepada seluruh muslimin dan muslimat warga Hulu Selangor.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon