Majlis Penyerahan Rasmi Pasar, Gerai Dan Tapak Penjaja MK Land kepada MPHS

MAJLIS PENYERAHAN RASMI PASAR, GERAI DAN TAPAK PENJAJA MK LAND KEPADA MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR DI KAWASAN AWAM TAMAN BUNGA RAYA, BUKIT BERUNTUNG

30 OKTOBER 2024, Bukit Beruntung : Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menerima serahan Kompleks Pasar dan Gerai Moden Taman Bunga Raya daripada M K Land Holdings Berhad (M K Land) di dalam satu majlis penyerahan projek bina dan serah pada hari ini.

Penyerahan projek telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan MK Land, Ahmad Soalahuddin Al-Thani Ahmad Termizi kepada Setiausaha MPHS , Awaluddin Zakaria dengan disaksikan oleh YAD Engku Orang Kaya Maha Bijaya Hulu Selangor, Raja Dato’ Muzaffar Raja Redzwa dan Penyelaras DUN Batang Kali, Saifuddin Safi. Majlis penyerahan ini juga turut diserikan dengan kehadiran Ahli Majlis MPHS, pengarah-pengarah MPHS, wakil jabatan teknikal daerah Hulu Selangor dan pegawai-pegawai teknikal dalaman MPHS.

Terletak dalam perbandaran Taman Bunga Raya, fasiliti baharu ini menambah lagi infrastruktur berpusatkan komuniti yang telah dibangunkan sejak perbandaran ini dibangunkan pada tahun 1996. Direka untuk menawarkan keseimbangan antara perumahan kos rendah, kos sederhana dan pasaran terbuka. Taman Bunga Raya kini didiami oleh lebih kurang 4,500 penduduk dengan kapasiti jangkaan untuk menampung sehingga 70,000 penduduk apabila Pembangunan selesai sepenuhnya.

Taman Bunga Raya adalah di antara pembangunan perumahan yang berskala besar yang terdiri daripada kediaman berstrata dan kediaman teres. Kawasan ini telah dimajukan oleh Syarikat Medan Prestasi Sdn. Bhd. iaitu anak Syarikat MK Land Holding Berhad. Pemajuan pembangunan di Taman Bunga Raya telah bermula seawal tahun 2001 dengan kelulusan pelan pemajuan pada tahun 1999.

MPHS telah melaksanakan satu dasar bina dan serah kemudahan awam kepada pemaju yang telah diluluskan pada tahun 2019. Dasar ini adalah untuk memastikan setiap pemajuan sesuatu kawasan pembangunan perumahan dengan keluasan yang telah ditetapkan, pihak pemaju perlu membina bangunan kemudahan awam seperti pasar awam, gerai, tapak penjaja dan dewan untuk kegunaan penduduk. Kemudahan ini adalah penting untuk penduduk mendapatkan barangan keperluan asas, peluang menjalankan perniagaan dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.

Maka di bawah dasar bina dan serah ini, melalui kelulusan pindaan Kebenaran Merancang (KM) di dalam Mesyuarat Jawatankuasa OSC Perancangan dan Pembangunan Bil.13 Tahun 2020 dimana pihak MK Land Holding Berhad telah disyaratkan untuk merekabentuk, membina dan serah dewan, pasar, gerai dan tapak penjaja Taman Bunga Raya kepada MPHS.

MPHS amat kagum dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak MK Land kerana telah siap membina 16 unit gerai makanan, 4 unit gerai runcit, 20 unit petak pasar dan 130 petak penjaja di kawasan kemudahan awam taman ini. Dengan komitmen yang baik diberikan oleh pihak pemaju dalam memenuhi dan mematuhi syarat yang ditetapkan, kelulusan Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) telah dikeluarkan pada 8 Oktober 2024 yang lalu.

Kemudahan ini adalah sedikit sebanyak dapat memberi peluang kepada penduduk-penduduk Taman Bunga Raya untuk berniaga dan meningkatkan ekonomi keluarga, terutamanya kepada peniaga-perniaga yang terkesan dengan operasi perobohan yang melibatkan 43 unit premis tanpa kebenaran majlis di sekitar kawasan Taman Bunga Raya pada tahun 2020.

#JPPHMPHSpengurusanHarta

#MPHSgo

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Khamis 21 November 2024, 03:41:22.
Jumlah Pelawat :
00874797

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015