MAJLIS PERASMIAN KONVENSYEN BANDAR PINTAR DAN EKONOMI DIGITAL SELANGOR 2024 (SDEC)
Kuala Lumpur, 16 Oktober 2024 - Bersempena penganjuran Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) Siri Kedua, pada hari ni telah berlangsung Majlis Perasmian Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Salangor (Selangor Smart City & Digital Economy Convention) SDEC 2024 bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Majlis telah dirasmikan oleh YAB. Dato' Seri Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor. Turut hadir YB Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong, Timbalan Menteri Digital dan YB. Tn. Ng Sze Han, Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor.
YBrs. Tuan Awaluddin Zakaria, Timbalan Yang Dipertua telah hadir ke majlis tersebut. Turut hadir bersama TPr. Gs. Azlina binti Mokhtar, Pengarah Jabatan Perancang Bandar serta para pegawai MPHS.
Pada konvensyen ini juga MPHS juga turut menyertai reruai pameran di Aras 3, Ballroom 1 & 2 . Program ini akan berlangsung selama 4 hari bermula 16 - 19 Oktober 2024.
Timbalan Yang Dipertua turut menyantuni pelawat yang hadir ke reruai MPHS dan melawat reruai pameran PBT Selangor di sini.