MB Selangor Rasmi Loji Hidrokuasa Kecil, Batang Kali

MB SELANGOR RASMI LOJI HIDROKUASA KECIL, BATANG KALI

23 JANUARI 2025, BATANG KALI : Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin Bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor telah merasmikan Loji Hidrokuasa Kecil Batang Kali yang diadakan oleh Worldwide Holding Berhad (WHB).

Loji Hidrokuasa Kecil (SHP) ini terletak di kawasan seluas 3.5 ekar di Batang Kali, Hulu Selangor yang dijana melalui sumber air dari Sg. Kedondong & Sg. Batang Kali.

Loji ini mampu menghasilkan sehingga 5.1MW tenaga elektrik, yang disambungkan kepada grid 33kV dan diuruskan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) di PMU Ulu Yam sebagai fasiliti pengagihan yang terdekat.

Ianya juga akan memberi manfaat kepada 12,900 kediaman bertempat di Batang Kali serta mampu menyokong pengurangan karbon hampir 200,000 tan sepanjang 21 tahun loji ini beroperasi.

Turut hadir Y.B Dato’ Ir. Izham Bin Hashim, EXCO Infrastruktur dan Pertanian, Ybhg. Datin Paduka Norazlina Binti Zakaria, YBrs. Puan Julaihah Jamaludin, Yang Dipertua MPHS, Ketua Pegawai Eksekutif (WHB), Ybrs. Ts. Tuan Haji Hasrolnizam Bin Shaari, YAD Raja Dato' Muzaffar bin Raja Redzwa, Orang Besar Daerah, Ahli Ahli Majlis dan wakil-wakil agensi Negeri dan Daerah.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 28 Januari 2025, 07:09:26.
Jumlah Pelawat :
00922676

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015