Mesyuarat Penuh Majlis Bilangan 1/2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MESYUARAT PENUH MAJLIS BILANGAN 1/2025 MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR.

MPHS, 24 Januari 2025, Jumaat. Mesyuarat MPHS Bil. 1/2025 telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS. Turut hadir YAD Engku Orang Kaya Mahabijaya Hulu Selangor Raja Dato' Muzaffar bin Raja Redzwa, Orang Besar Daerah Hulu Selangor, Tuan Awaluddin bin Zakaria, Setiausaha MPHS bersama barisan Ahli Majlis, Pengarah Jabatan, Ketua Bahagian/ Unit MPHS.

Sebanyak 6 pembentangan laporan-laporan Mesyuarat Jawatankuasa dan 1 pembentangan kertas kerja telah dibahaskan serta dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

Ucapan penangguhan pula telah disampaikan oleh Tuan A. Durai Anbalagan A/L Ayya Kanama, Ahli Majlis MPHS zon 04.

YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, YDP MPHS turut mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada ahli majlis yang menyambutnya pada minggu hadapan semasa ucapan penangguhan dan mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 12.15 tengah hari.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#MPHS2025

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 04 Februari 2025, 03:53:57.
Jumlah Pelawat :
00926196

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015