Program Perkampungan Kebudayaan Selangor 2025
SHAH ALAM, 25 Januari 2025 – Program Perkampungan Kebudayaan Selangor 2025 yang berlangsung selama 5 hari, dari 22 hingga 26 Januari 2025 ini telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Amirudin Bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.
Turut hadir, YB Datuk Borhan Bin Aman Shah, EXCO Perumahan dan Kebudayaan, YBhg. Dato' Johary Bin Anuar, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), YBhg. Dato' Mohd Yazid Bin Sairi, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), YBrs. Puan Julaihah Jamaludin, Yang Dipertua MPHS, Tuan Awaluddin Zakaria, Setiausaha, MPHS, Pegawai-Pegawai Daerah Negeri Selangor, Datuk- Datuk Bandar dan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri Selangor.
Kumpulan Lantera Gemalai Tari yang terdiri daripada pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung telah mewakili Daerah Hulu Selangor untuk membuat persembahan Tarian Sewang Orang Asli Suku Temuan pada 22 Januari 2025 (Rabu) yang lalu. Tarian Sewang ini merupakan tarian tradisi masyarakat orang asli yang mencerminkan persekitaran alam dan sering ditarikan dalam majlis keraian termasuk unsur perubatan.
Program Perkampungan Kebudayaan 2025 ini diadakan bertujuan untuk menyemarakkan Tahun Melawat Selangor 2025, serta memperkenalkan keunikan budaya dan seni negeri Selangor kepada orang ramai.
#DaripadaAndaUntukAnda
#MajuPerkasaHasilSemua
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
#AllahPeliharakanlahHuluSelangor
#MPHSGo
#VisitHuluSelangor
#VisitSelangor2025