MPHS Sambut Ulang Tahun Perbandaran ke-3

MPHS SAMBUT ULANG TAHUN PERBANDARAN KE-3

13 OKTOBER 2024, KUALA KUBU BHARU – Bertempat di Dataran Tasik Milenium telah berlangsung Program Sambutan Ulang Tahun Perbandaran ke-3 Majlis Perbandaran Hulu Selangor bersempena Majlis Karnival Alam Sekitar yang telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Turut hadir YB Puan Jamaliah binti Jamaluddin, EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar, YAD Engku Orang Kaya Maha Bijaya Hulu Selangor, Raja Dato’ Muzaffar bin Raja Redzwa, Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), YB Puan Pang Sock Tao, ADN Kuala Kubu Bharu, YBrs. Tuan Yuhanas Auree bin Kamaruddin, Pegawai Daerah Hulu Selangor dan YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS.

Sempena sambutan ini DYTM Tuanku berkenan memotong pulut kuning sebagai simbolik sambutan ulang tahun ke-3 MPHS yang telah naik taraf sebagai perbandaran pada 21 Oktober 2021.

Sambutan ini bertujuan diadakan sebagai tanda penghargaan kepada kepada warga Hulu Selangor yang turut sama menyumbang kepada kejayaan MPHS sehingga berjaya dinaiktaraf sebagai perbandaran. Pada masa yang sama memberi peluang kepada penduduk Hulu Selangor untuk melakukan aktiviti bersama keluarga.

Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan kepada pengunjung yang hadir antaranya pertandingan memasak, mewarna, Teh Tarik ‘Duo’, anyam ketupat, sepak raga, dam aji, boling kelapa dan tuju tin.

Terima kasih kepada semua warga Hulu Selangor yang telah turut hadir memeriahkan majlis. Semoga MPHS terus cemerlang pada masa akan datang dan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada warga Hulu Selangor.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 15 Oktober 2024, 07:18:15.
Jumlah Pelawat :
00856018

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015