MPHS TERIMA ANUGERAH BANDAR PALING MAMPAN 2024 SEMPENA SAMBUTAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2024
28 Oktober 2024, Putrajaya - Majlis Perbandaran Hulu Selangor sekali lagi melakar sejarah setelah dinobatkan sebagai Bandar Paling Mampan 2024 di dalam Malaysia Urban Planning Awards (MUPA2024). Pengiktirafan ini diberikan kepada 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Malaysia yang terbaik bagi Tahun 2024.
Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Hadir sama pada majlis tersebut YBhg. Datuk Wira M Noor Azman Taib, Ketua Setiausaha, KPKT serta YBrs. Datuk TPr. Dr. Alias Rameli, Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa sempena sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 yang telah diadakan di Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya. Hadir bagi menerima pengiktirafan ini Ybrs. Puan Julaihah Jamaludin, Yang Dipertua MPHS. Turut hadir TPr. Gs. Azlina Mokhtar, Pengarah Perancang Bandar bersama pegawai dari Jabatan Perancang Bandar MPHS.
Tahniah kepada warga kerja MPHS serta warga penduduk Hulu Selangor dalam menyokong dan membantu dalam menjadikan Hulu Selangor sebagai sebuah Bandar Mampan. Semoga status Bandar Mampan ini akan terus kekal untuk masa akan datang.