MPHS BERJAYA MENGUMPUL 550.0 KILOGRAM MINYAK MASAK TERPAKAI DAN 61.05 KILOGRAM SISA ELEKTRONIK SEMPENA PROGRAM MINI KARNIVAL KOMUNITI AIDILFITRI REWANG KOMUNITI DI TAMAN DESA KALOI
HULU YAM, 8 Mac 2026 – Bahagian Kelestarian dan Kesejahteraan Komuniti (KesKom), JPSPPA, MPHS telah berjaya mengumpul sebanyak 550.0 kilogram minyak masak terpakai serta 61.05 kilogram (50 unit) sisa elektronik sempena program Mini Karnival Komuniti Aidilfitri Rewang Komuniti yang berlangsung di Taman Desa Kaloi, Hulu Yam.
Program ini turut diserikan dengan kehadiran Tuan Saifuddin bin Shafi Muhammad, Penyelaras Dun Batang Kali, Puan Wong Sheau Mei, Ahli Majlis Zon 14, serta Encik Muhammad Firdaous bin Ismail, Pengerusi JPKK Kampung Sungai Kamin. Kehadiran kepimpinan setempat ini jelas mencerminkan sokongan padu terhadap penganjuran program kemasyarakatan serta keprihatinan terhadap kesejahteraan persekitaran setempat.
Inisiatif ini bukan sahaja membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar, malah menyokong pelaksanaan Dasar Ekonomi Kitaran Negara serta memperkukuh komitmen MPHS terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) terutamanya SDG 11: Bandar dan Komuniti Lestari, SDG 12: Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab, dan SDG 13: Tindakan terhadap Perubahan Iklim.
Pencapaian ini membuktikan bahawa kesedaran masyarakat di Hulu Selangor semakin meningkat terhadap amalan kitar semula. Usaha ini bukan sahaja membantu mengurangkan jumlah sisa yang dihantar ke tapak pelupusan, malah memperkasa budaya tanggungjawab bersama dalam menjaga kelestarian alam sekitar.
#MalaysiaMadani
#KitaSelangor
#IniSelangor
#DaripadaAndaUntukAnda
#MajuPerkasaHasilSemua
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
#AllahPeliharakanlahHuluSelangor
#MPHSGo
#VisitSelangor2025
#VisitMalaysia2026
#SukmaSelangor2026
#JPSPPA
















