MAJLIS KHATAM AL-QURAN 1447H/2026 ANJURAN KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN MPHS
Kuala Kubu Bharu, 6 Mac 2026 – Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (KSDK) telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran 1447H/2026 yang berlangsung pada jam 8.00 pagi di Bilik Mesyuarat Chiling, Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).
Majlis dimulakan dengan bacaan 22 surah am yang dipimpin oleh Encik Ahmad Amiruddin Solehin bin Mohamad bersama para peserta tadarus yang terdiri daripada ahli-ahli KSDK.
Program ini disertai oleh seramai 58 orang ahli KSDK yang dibahagikan kepada 10 kumpulan, ini merupakan sebahagian daripada aktiviti pengisian rohani sepanjang bulan Ramadan bagi mengimarahkan suasana kerja dengan amalan membaca dan menghayati Al-Quran.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengarah Perbendaharaan merangkap Penolong Setiausaha Majlis MPHS, Encik Shaiful Rizza bin Haji Piamin serta Yang Dipertua KSDK MPHS, Encik Khairul Anuar bin Khalid.
Sebagai tanda penghargaan kepada para peserta yang telah menjayakan program tadarus ini, majlis turut diakhiri dengan penyerahan cenderahati kepada peserta yang terlibat.
Penganjuran program seumpama ini diharap dapat terus memperkukuh ukhuwah dalam kalangan warga MPHS serta menyemarakkan lagi penghayatan nilai-nilai murni dan kerohanian sepanjang bulan Ramadan.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
















