Program Bazar Ramadan Mampan 2026 dan Kempen Bebas Plastik #TakNakBazir

PROGRAM BAZAR RAMADAN MAMPAN 2026 & KEMPEN BEBAS PLASTIK #TakNakBazir

Bukit Sentosa, 5 Mac 2026 – Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), Puan Julaihah binti Jamaludin telah menandatangani gimik pelancaran Program Bazar Ramadan Mampan 2026 dan Kempen Bebas Plastik #TakNakBazir anjuran Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Usahawan MPHS di Tapak Bazar Ramadan Jalan Orkid, Bukit Sentosa.

Pelaksanaan penyeragaman khemah di tapak bazar ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Program Bazar Ramadan Cashless hasil kerjasama strategik di antara MBI Selangor, Pihak Agrobank dan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS). Sebanyak 150 petak peniaga di tapak bazar ini telah menggunakan khemah seragam Agrobank bagi mewujudkan persekitaran bazar yang lebih tersusun, selesa dan kondusif kepada pengunjung.

Selain itu, program ini turut menyokong usaha memupuk amalan kelestarian melalui Kempen Bebas Beg Plastik serta menggalakkan penggunaan transaksi tanpa tunai dalam kalangan peniaga dan pengunjung.

Turut hadir Penyelaras Ahli Parlimen Hulu Selangor, YBrs. Dr. Sathia Prakash Nadarajan, Penyelaras DUN Batang Kali, Tuan Saifuddin Shafi Muhamad, Pengurus Kanan MBI merangkap Pengarah Program PLATS, Puan Nur Hazwani Md Sabudin , Pengarah Wilayah Agrobank Selangor, Kuala Lumpur & Negeri Sembilan, Encik Mohamad Sukri bin Yusop, Pengarah Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Usahawan MPHS, Encik Kamaruzzaman bin Abdul Rahman, serta Ahli-ahli Majlis dan Pengarah-pengarah Jabatan MPHS.

Sebagai penghargaan kepada pengunjung, seramai 300 pengunjung terawal berpeluang menerima kupon digital bernilai RM10 daripada pihak PLATS, di samping edaran bubur lambuk kepada pengunjung yang hadir.

Pihak majlis berharap program seumpama ini dapat terus memperkukuh kerjasama strategik antara agensi serta menyokong usaha menjadikan Bazar Ramadan di daerah ini lebih mampan, tersusun dan mesra komuniti.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2026

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 05 Mac 2027, 07:15:16.
Jumlah Pelawat :
01204302

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015