Penilaian Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) Majlis Perbandaran Hulu Selangor Tahun 2024

PENILAIAN SISTEM PENARAFAN BINTANG PIHAK BERKUASA TEMPATAN (SPB-PBT) MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR TAHUN 2024

19 Ogos 2024 (ISNIN), Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah menerima kunjungan enam orang Ahli Pasukan Inspektorat Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) dari Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Jabatan Landskap Negara bagi melaksanakan penilaian serta penarafan bintang ke atas Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Ahli Pasukan Inspektorat terdiri daripada Encik Marthandan a/l Yathamaniam, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Inspektorat, Jabatan Kerajaan Tempatan, merangkap Ketua Pasukan. Dibantu oleh Puan Nur Adelina binti Ramli, Puan Aishatul Izwani binti Aminorlah, Encik Shaikh Ali bin Shaikh Mansoor, Puan Siti Athirah binti Ishak dan Encik Mohd Shafarin bin Shaari.

Pasukan inspektorat telah membuat penilaian keatas 253 kriteria meliputi 4 aspek utama iaitu;

1. Pengurusan

2. Perkhidmatan- perkhidmatan Teras

3. Pengurusan Pelanggan

4. Penyertaan Komuniti dan Pandangan Penduduk.

Perasmian Pembukaan pada 8:30 pagi oleh Yang Dipertua, Puan Julaihah binti Jamaluddin dan mesyuarat penutupan diadakan pada pukul 5.00 petang. Turut dihadiri Pengarah Jabatan, Ketua Bahagian, Penyelaras SPB-PBT dan kakitangan Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Pasukan Inspektorat KPKT Malaysia, para pegawai dan kakitangan MPHS atas kerjasama serta komitmen sepanjang proses penilaian dijalankan.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 30 Ogos 2024, 09:20:17.
Jumlah Pelawat :
00831342

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015