Program Jom Bersih Hulu Selangor @ Plogging Sungai Alor Lempah

214.60KG SISA BERJAYA DIKUMPUL MELALUI PROGRAM JOM BERSIH HULU SELANGOR @ PLOGGING SUNGAI ALOR LEMPAH

AMPANG PECAH, 28 Mac 2026 – Program Jom Bersih Hulu Selangor @ Plogging Sungai Alor Lempah bersama rakan strategik, Sustainable Solution dengan kerjasama Bahagian Kelestarian dan Kesejahteraan Komuniti (KesKom), JPSPPA MPHS yang dijalankan di salah satu kawasan rekreasi tumpuan di Hulu Selangor iaitu Sungai Alor Lempah, telah berjaya mengumpul sebanyak 214.60 kilogram sisa.

Sisa yang berjaya dikumpul termasuk bahan logam seperti besi dan aluminium, polisterin, bungkusan makanan, botol plastik dan botol kaca, plastik sekali guna, sisa lengai, sisa binaan, putung rokok, lampin bayi, fabrik dan pakaian serta sisa campur. Kesemua sisa ini diasingkan terlebih dahulu kemudian ditimbang di akhir acara, di mana hasil kutipan ini direkodkan sebagai sebahagian daripada usaha memantau jumlah sampah yang berjaya dikurangkan di sekitar kawasan ini.

Inisiatif ini bukan sahaja menyokong agenda kelestarian alam sekitar, malah memenuhi keperluan beberapa Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) khususnya SDG 6 (Air Bersih dan Sanitasi), SDG 11 (Bandar dan Komuniti Mampan), SDG 12 ( Penggunaan dan Pengeluaran yang Bertanggungjawab), SDG 14 (Kehidupan di Bawah Air), dan SDG 15 (Kehidupan di Darat).

Sehubungan itu, pihak Majlis menyeru agar semua pengunjung lebih peka dan bertanggungjawab dalam menguruskan sisa masing-masing dengan mengamalkan konsep bawa pulang sampah sendiri selepas selesai menjalankan aktiviti. Diharapkan inisiatif ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat untuk menjadi lebih proaktif dalam memelihara kebersihan kawasan, seterusnya memupuk rasa tanggungjawab bersama ke arah kelestarian alam sekitar.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

#JPSPPA

#KesKom

#JomBersihHuluSelangor

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 05 Mac 2027, 07:15:16.
Jumlah Pelawat :
01222191

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015