MPHS PERKASA PENGUATKUASAAN TEKNIKAL PUSAT TERNAKAN AYAM
Kalumpang, 27 Mac 2026 – MPHS telah melaksanakan pemeriksaan teknikal di sebuah pusat ternakan ayam bagi memastikan pematuhan terhadap syarat lesen, kebersihan premis serta garis panduan yang ditetapkan.
Pemeriksaan diketuai oleh Yang Dipertua MPHS, YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin bersama Setiausaha MPHS, Puan Dewi Dirwana binti Munasir serta jabatan teknikal MPHS dengan kerjasama agensi luar seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS) , Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) , Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jabatan Bomba.
Fokus pemeriksaan meliputi pengurusan sisa, kawalan pencemaran, kebersihan serta pematuhan teknikal premis.
MPHS akan terus melaksanakan pemantauan berkala dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang ketidakpatuhan demi memastikan kesejahteraan komuniti dan kelestarian alam sekitar.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
















