PROGRAM SINGGAH BAZAR DAN AGIHAN BUBUR LAMBUK
Hulu Selangor, 26 Februari 2026 - Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin turut serta di dalam Program Singgah Bazar dan Agihan Bubur Lambuk di bazar Ramadan Sg. Tengi.
Sebanyak 1,000 bekas bubur lambuk diedarkan kepada peniaga serta pengunjung bazar sempena program tersebut yang disampaikan oleh Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari.
Pengunjung yang hadir berpeluang menerima kupon bernilai RM10 daripada platform Selangor yang boleh digunakan bagi pembelian di gerai terpilih.
Turut hadir EXCO Kemajuan Desa, Perpaduan & Pengguna, YB Datuk Rizam bin Ismail ; Ahli Majlis MPHS, Azrul bin Aziz; Setiausaha MPHS, Puan Dewi Dirwana binti Munasir ; Pengarah Jabatan Pelesenan & Pembangunan Usahawan, Kamaruzzaman bin Abdul Rahman dan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan, Muhammad Azrul Nizam bin Mohd Azizi.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
















