PROGRAM SEMARAK RAMADAN TAHUN 2026.
MPHS, 27 Februari 2026, Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) berbesar hati kerana telah dipilih sebagai salah satu lokasi Program Semarak Ramadan Tahun 2026 anjurkan oleh Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor bersempena bulan Ramadan pada tahun ini berlangsung di Bilik Mesyuarat Chiling MPHS pagi ini.
Majlis telah bermula dengan bacaan Yasin dan seterusnya Tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Naufal Bin Abdull Ghaffar, Pegawai Hal Ehwal Islam, Unit Pendidikan Islam, PAID Hulu Selangor.
Turut hadir sama Encik Mohd Norazif bin Ahmad Tamsis, Pengarah Khidmat Pengurusan, Pengarah-Pengarah Jabatan, Ketua Bahagian, Ketua Unit serta kakitangan MPHS.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
















